20110926jamuanraya-ptarweb

Undangan ini dimulai dengan memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana telah memanjangkan usia kita ke sambutan Syawal 1432H. Amin...

 

Lembayung senja menggamit malam

Menangis jentayu menanti hujan

Undangan kami menyusul salam

Ke jamuan raya seperti yang dinyatakan:

 

Tarikh : 26 September 2011 (Isnin)

Masa : 9.00 pagi

Lokasi : Ruang Legar Aras 1, PTAR 1

 

Air pasang di Kuala Kedah

Dagang mudik kolek mencelah

Apa pun juadah yang dipersembah

Sama merasa, sama mencicah

 

Dagang mudik kolek mencelah

penuh muatan pelbagai rempah

Sama merasa, sama mencicah

Bersederhana, menambah barokah

 

 

Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

1 Ulasan

  1. Jamuan Hari Raya 2012 nanti itu roti jala kena tambah stok, kalau tidak cukup kasi tahu, pakat ramai-ramai pot luck, okay tak?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama