Program Jerayawara Informasi Bersama Fakulti Sains Gunaan akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh        : 14 September 2011 (Rabu)
Masa        : 10.30 pagi sehingga 01.30 petang
Tempat     : Dewan Seminar Bangunan SAAS

Jerayawara informasi adalah satu program di mana pihak perpustakaan bergerak secara berkumpulan mengunjungi fakulti-fakulti, pusat dan bahagian yang terdapat di UiTM bagi menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara pihak perpustakaan dan pihak fakulti, pusat dan bahagian.

Antara objektif utama program ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan kepada warga UiTM, dan berkongsi maklumat bersama pihak fakulti berkaitan sumber-sumber maklumat yang sesuai dan diperlukan oleh fakulti  untuk membantu sistem pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan fakulti berkenaan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama