Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dan Majlis Pengarah Perpustakaan Awam Negeri akan mengajurkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Konvensyen Perpustakaan SeMalaysia kali ke-4  bertempat di Hotel Permai, Kuala Terengganu, pada 18 hingga 19 September 2012.

Majlis bakal dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains,Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman.

Pengarah PPAT, Hajah Nor Akmal Abd Fatah, berkata Konvensyen KIK bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai produktiviti dan kualiti serta menjadikan KIK sebagai satu alat untuk penyelesaian masalah serta penambahbaikan yang berterusan, memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada anggota perpustakaan di seluruh negara yang terlibat dalam kumpulan KIK masing-masing.

“Pada masa yang sama ia juga memberi peluang membentangkan idea dan projek mereka serta berkongsi pengalaman kumpulan KIK masing-masing serta meningkatkan kesedaran dalam menambah nilai produk dan perkhidmatan sedia ada.

“Peserta juga mampu memberi idea yang kreatif dan inovatif bagi meningkatkan kualiti kerja serta memberikan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia berasaskan ilmu pengetahuan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.


UiTM diwakili oleh 3 Kumpulan iaitu Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam oleh KIK Titanium Perpustakaan Tengku  Anis, UiTM Kelantan oleh KIK Paradigma manakala KIK Spektrum mewakili UiTM Sarawak











































KIK Titanium






























KIK Paradigma










































KIK Spektrum

sumber






Post a Comment

Terbaru Lebih lama