Lawatan Sambil Belajar dari SMK Rawang, Selangor ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (Utama) pada 26 Jun 2013 telah berjalan dengan lancar. Lawatan melibatkan 39 orang pelajar yang terdiri daripada Pengawas Perpustakaan dan 4 orang guru pengiring. 

Lawatan ini telah dikendalikan oleh Puan Adlina Abdullah, Pustakawan Kanan dari Bahagian Perkhidmatan Rujukan dan dibantu oleh Encik Abdul Muhsin Abd Rasid dan Encik Mohd Syazwan Hamzah. Jurufoto yang bersama-sama dalam lawatan ini adalah Puan Rostinah Mujir. Lawatan dari SMK Rawang ini telah dibawa melawat ke Aras 2, 3 dan 4 bagi memberi pendedahan dan penerangan berkaitan kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Perpustakaan Tun Abdul Razak. Di akhir lawatan ini, mereka telah di bawa ke Unit Pemuliharaan Bahan bagi mendapatkan maklumat dan gambaran berkenaan proses kerja yang melibatkan pemuliharaan bahan. Penerangan telah diberikan oleh Encik Azman Sharan, Pembantu Pemuliharaan Kanan di Unit Pemuliharaan Bahan.

Lawatan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. Ucapan penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada warga PTAR yang telah memberikan kerjasama secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan lawatan tersebut.

Foto sekitar lawatan tersebut :






Laporan disediakan oleh Puan Noor Aida Azizi, Pustakawan, Bahagian Perkhidmatan Rujukan.

follow us , like and share Tq

Post a Comment

Terbaru Lebih lama