Pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak berbesar hati menerima tiga orang pelajar latihan industri daripada jurusan Diploma in Document And Information Management, Universitas Indonesia iaitu Ika RIstiani, Ghina Aprilliany dan Wilson Lamrodo Hadikesna Sinaga. Mereka telah menjalani latihan industri di PTAR 1 bermula dari 24 Jun sehingga 19 Julai 2013. PTAR telah dipilih sebagai tempat latihan industri kerana UiTM merupakan institusi yang mempunyai reputasi tinggi serta terkenal. Dalam masa lebih kurang sebulan, mereka telah ditempatkan di semua bahagian untuk mempelajari lebih lanjut mengenai proses kerja dan fungsi sesebuah bahagian. Mereka juga telah dibawa melawat ke perpustakaan fakulti untuk diberi lebih pendedahan. Atas kerjasama pihak Fakulti Pengurusan Maklumat dan Office International Affairs (OIA) UiTM, mereka juga telah diberi kesempatan untuk melawat Bank Negara, Arkib Negara dan Perpustakaan Tun Raja Uda, Selangor. 

Album penuh boleh didapati di: https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm






Post a Comment

Terbaru Lebih lama