Aktiviti : Penghantaran Bahan Hadiah ke Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Seremban 3
Jumlah Sumbangan : 122 naskhah
Tarikh : 22 Januari 2015 (Khamis)
Masa : 10.40 pagi
Tempat : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Kampus Seremban 3
Staf PTAR :
1. Nurul Diana Jasni
2. Mohd Farid Said
3. Pemandu PTAR

UiTM Kampus Seremban 3, 22 Januari 2015 – Sebagai salah satu fungsi serta tanggungjawab utama Unit Hadiah dan Pesanan Tetap, Bahagian Pembangunan Sumber Bercetak (BPSB) Perpustakaan Tun Abdul Razak, Puan Nurul Diana Jasni-Pustakawan Unit Hadiah dan Pesanan Tetap serta Pembantu Perpustakaan Mohd Farid Said telah menyerahkan sumbangan bahan-bahan hadiah sebanyak 122 naskhah kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Seremban 3.

Bahan-bahan hadiah yang telah disumbangkan adalah terdiri daripada buku-buku akademik serta pelbagai bahan bacaan yang bersuaian bagi memenuhi keperluan pengajian 3 fakulti di kampus berikut iaitu :

· Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
· Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi
· Fakulti Sains Komputer dan Matematik
Sumbangan bahan-bahan hadiah tersebut adalah bertujuan untuk pembangunan koleksi pusat sumber sekolah serta diharap akan digunakan bagi kegunaan rujukan, pembelajaran dan penyelidikan warga UiTM Seremban 3.

Ketua Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah, iaitu En. Ahamad Zuber Bin Mohamed (Pustakawan Kanan) telah menyampaikan maklumbalas serta mengucapkan setingi-tinggi terima kasih kepada pihak PTAR di atas sumbangan bahan-bahan tersebut. 

Post a Comment

Terbaru Lebih lama