Program Hari Keluarga Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM telah diadakan pada 24 Januari 2015 bertempat di Camp Site Wetland, Putrajaya. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Noor Hidayat Adnan (Ketua Pustakawan PUiTM).

Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada staf dan ahli keluarga. Ini membuktikan warga PTAR sangat komited bukan sahaja dengan tugas di pejabat, malah sangat menyokong segala aktiviti di luar pejabat.

Hari Keluarga yang penuh ceria ini diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik Antaranya ialah Senaman Zumba yang diketuai oleh Cik Ana yang didatangkan khas dari Zumba Fitness, Pertandingan Mewarna,  Isi Air dalam Botol, Acara Boling Padang, Aduhai Cantiknya, Cabutan bertuah, dan banyak lagi.

Acara kemuncak adalah acara tarik tali kategori lelaki dan wanita serta sesi penyampaian  Anugerah kepada Keluarga Ceria, Keluarga Sedondon dan Staf Ceria.


Ucapan Perasmian oleh Encik Noor Hidayat Adnan


Penuh penumpuan ketika mendengar ucapan perasmian dari Ketua Pustakawan PTAR

Nyanyian lagu Negaraku dan Wawasan Setia

Pengacara Majlis yang sempoi




Acara pelepasan belon merupakan simbolik Perasmian yang disempurnakan oleh
 Encik Noor Hidayat Adnan (Ketua Pustakawan PUiTM)





Kehadiran badut yang menceriakan kanak-kanak





Aktiviti riadah yang penuh santai staf bersama keluarga masing-masing





Antara wajah-wajah ceria yang menyerikan sambutan Hari Keluarga PTAR

Staf yang terdiri dari Pasukan Hijau

Pasukan Biru yang bersemangat waja

Pasukan Merah yang gagah berani

Pasukan Kuning yang sentiasa ceria

Aktiviti senaman oleh Jurulatih profesional Zumba Fitness

Staf yang sporting memberikan kerjasama yang baik sewaktu aktiviti senaman

Ketua Pustakawan turut menyertai aktiviti senaman pada waktu pagi



Antara wajah-wajah ceria ketika senaman zumba fitness dijalankan

Persekitaran Taman Wetland yang hijau dan mendamaikan


Antara orang kuat yang memastikan kelancaran Hari Keluarga PTAR 2015



Aktiviti Kanak-Kanak 6 tahun ke bawah : Pertandingan Mewarna







Antara si cilik yang menyertai pertandingan mewarna







Acara sukaneka kanak-kanak iaitu "Isi Air dalam Botol"


Wajah-wajah santai memberikan sokongan sewaktu aktiviti sukaneka



Acara Boling Padang


Acara "Baling bola ke dalam bakul"

Acara "Kupas kacang"




Pertandingan "Aduhai Cantiknya"




Acara kategori dewasa, "Romantiknya" merupakan aktiviti suap menyuap pasangan


Acara sukaneka kategori dewasa, "Kepit Kacang"










Sekitar Pertandingan Tarik Tali yang dijalankan






























Sekitar sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang





follow us 


FACEBOOK:   https://www.facebook.com/library.uitm
TWITTER  :    https://twitter.com/ptaruitm
BLOG :           http://perpustakaanuitm.blogspot.com/
INSTAGRAM  
http://instagram.com/ptaruitm
Laman web rasmi perpustakaan  http://library.uitm.edu.my/



























Post a Comment

Terbaru Lebih lama