PTAR (Booth D7) akan berada di Ekspo Selangkah ke UiTM 2015 pada 14 - 15 Mac 2015, bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam.

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan menyalurkan maklumat terkini mengenai program-program yang ditawarkan kepada orang ramai terutamanya calon-calon lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi dalam membuat pilihan yang tepat dan sesuai berdasarkan keputusan yang diperolehi. Ekspo Selangkah ke UiTM juga memberi ruang kepada bakal calon bagi mengetahui secara keseluruhan program pilihan mereka dengan lebih teliti kerana sepanjang ekspo berlangsung, pensyarah dan staf yang terlibat akan memberi penerangan tentang program-program pilihan calon.

Booth PTAR akan memberi penerangan dan informasi kepada pengunjung berkenaan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan sebagai gedung Ilmu yang menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Universiti. Selain itu, PTAR juga akan memperkenalkan bidang Kepustakawanan sebagai satu kerjaya Profesional yang semakin mendapat tempat dalam pasaran kerjaya pada masa kini.

Jom, kunjungi booth PTAR dan beramai-ramai ke Ekspo Selangkah ke UiTM 2015. Untuk informasi lanjut, sila layari http://www.uitm.edu.my/index.php/ms/acara-akan-datang/1064-ekspo-selangkah-ke-uitm-2015

Post a Comment

Terbaru Lebih lama