Gambar ihsan portal flickr UPSI

Pada 23 Mac 2015 (Isnin) yang lalu, Perpustakaan Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan penanda aras ke Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sesi lawatan yang bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari ini disertai oleh 5 orang delegasi dari PTAR yang diketuai oleh Encik Jamalludin Sulaiman (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR) serta tiga orang pustakawan dan seorang pembantu perpustakaan.

Tujuan lawatan penanda aras tersebut adalah bagi membuat perbandingan tentang penggunaan Digital Signage yang digunakan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun. Turut sama dalam lawatan penanda aras tersebut adalah seorang wakil dari Innoss. Dalam perbincangan tersebut, wakil dari Perpustakaan Tuanku Bainun memberikan penerangan tentang kelebihan penggunaan Digital Signage.

Hasil daripada lawatan penanda aras tersebut, PTAR telah berjaya melihat dengan lebih jelas proses dan aplikasi Digital Signage Systems yang akan  digunapakai oleh Unit Penerbitan dan Unit Korporat Pejabat Ketua Pustakawan ( PKP ).

Post a Comment

Terbaru Lebih lama