Program Kenali dan Kunjungi Perpustakaan, Anjuran Bahagian Pengurusan Pelanggan, PTAR akan diadakan pada 16 Mac sehingga 20 Mac 2015, bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Program 5 hari ini adalah terbuka kepada semua Warga UiTM untuk membuat semakan akaun perpustakaan, kemaskini keahlian perpustakaan serta berpeluang untuk meneroka maklumat  di perpustakaan seperti pencarian bahan menggunakan OPAC/ WebOPAC, Mesin Pinjaman dan Pemulangan Buku dan lain-lain perkhidmatan yang ditawarkan.


Post a Comment

Terbaru Lebih lama