Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan lawatan kerja ke Perpustakaan Peringatan Zaaba Universiti Malaya. Lawatan yang diketuai oleh En. Jamalludin Sulaiman ( Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) ini turut disertai oleh Puan Nor Azwani Mohamad (Pustakawan), En Mohd Izwan Salim (Pustakawan), En Mohd Hazrul Hussin (Pustakawan),  Puan Rostinah (Jurufoto kanan) serta Cik Ain Munirah (Pembantu Perpustakaan).

Tujuan lawatan ini adalah bagi melihat aspek pengurusan foto - UM Memory di Perpustakaan Peringatan Za'aba Universiti Malaya atau juga lebih dikenali sebagai PPZ. Difahamkan, PPZ menyimpan bahan Malaysiana yang tidak diterbitkan dan yang telah diterbitkan. Koleksi PPZ merupakan koleksi tertutup bertujuan untuk pemuliharaan dan pengguna hanya dibenarkan membuat rujukan sahaja. Antara koleksi utama yang terdapat di PPZ adalah dalam bahasa melayu, kesusasteraan dan kebudayaan.

Hasil daripada lawatan yang bermula dari pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang ini, memberikan inspirasi kepada delegasi dari PTAR untuk menjalankan sistem penyimpanan gambar yang sama seperti PPZ.

Taklimat diberikan oleh pustakawan dari Perpustakaan Peringatan Za'aba, Universiti Malaya, Encik Faizal Hamzah




 

 


Encik Jamalludin Sulaiman menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Puan Maziah Salleh

Post a Comment

Terbaru Lebih lama