Lawatan Kerja dari Ketua Pustakawan PUiTM, Ybhg. En. Noor Hidayat Bin Adnan ke Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Cawangan Johor pada 27 Disember 2016. Turut serta bersama lawatan beliau adalah En. Jamaluddin Bin Sulaiman (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR).

Lawatan tersebut turut diraikan oleh wakil pihak pengurusan UiTM Cawangan Johor, YM Raja Dr Adzrin Binti Raja Ahmad (Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni) serta turut disertai oleh Pn. Rosnani Binti Abdul Razak (Timbalan Bendahari).  Pn. Hjh. Maznah Binti A Hamid (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTDI) turut memberikan taklimat berkenaan pencapaian PTDI sepanjang tahun 2016 ini.

Diharapkan dengan lawatan kerja ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara perpustakaan induk dengan perpustakaan cawangan disamping dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan perpustakaan dimasa hadapan.

Terima kasih kepada Ustaz Rafiuddin Bin Mohd Yusof (Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan) diatas kesudian memimpin bacaan doa serta En. Syamsyul Bin Samsudin (Pensyarah Kewangan) diatas kesudian memberi taklimat ringkas berkenaan dengan Trading Room.

Terima kasih juga kepada staf Perpustakaan Tun Dr Ismail diatas kerjasama terbaik yang diberikan dan tidak lupa juga kepada pelajar praktikal, Saudara Zaid, Saudara Fauzi, Saudari Wawa dan Saudari Fadilah diatas komitmen kalian semua.













Post a Comment

Terbaru Lebih lama