Universiti Teknologi MARA sekali lagi telah mengukir namanya di peta dunia dengan penganugerahan Emerald’s  High Usage Award – ranked No 1 with 1,056,193 articles downloaded in 2016. Anugerah ini diberikan oleh pihak Emerald di atas kejayaan UiTM menjadi institusi yang terbanyak memuat turun artikel teks penuh dalam pangkalan data Emerald.
 







Penganjuran Emerald’s High Usage Award yang telah memasuki tahun ke-enam penganugerahannya adalah  bertujuan untuk meraikan hubungan Emerald dengan pelanggannya  serta bagi  mengiktiraf kandungan jurnal Emerald yang berkualiti tinggi dan meliputi pelbagai subjek termasuk Business and Management, Marketing, Library Studies, Education Studies, Engineering, Business Finance and Accounting dan Communication Studies.


Pada tahun 2016, UiTM telah dianugerahkan Emerald’s High Usage Award bagi tahun ke-enam berturut-turut dengan jumlah muat turun sebanyak 1,056,193 teks penuh. Tempat kedua  dimenangi oleh The Egyptian Knowledge Bank (EKB) Data Centre dengan jumlah muat turun sebanyak 440,000 manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh  Universiti Utara Malaysia dengan jumlah muat turun sebanyak 300,000 muat turun teks penuh.   


Beberapa institusi lain seperti  Universitas Trisakti (kedudukan ke-sembilan), Universitas Gadjah Mada (kedudukan ke-lima belas) dan University of the West of England pada kedudukan ke-tujuh belas turut tersenarai dalam 20 institusi tertinggi seluruh dunia dalam memuat turun artikel teks penuh pangkalan data Emerald bagi tahun 2016.

Anugerah ini merupakan hasil kerjasama semua pihak terutamanya Perpustakaan Tun Abdul Razak, para penyelidik, kakitangan akademik, kakitangan pentadbiran dan semua pelajar yang menjadikan E-Jurnal dan E-book yang terdapat dalam pangkalan data Emerald sebagai rujukan  dalam proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Universiti Teknologi MARA. 

Berikut merupakan statistik muat turun bagi enam tahun berturut-turut UiTM dianugerahkan Emerald’s High Usage Award.


Tahun
2011
2012
2013
2014
2015
2016
Jumlah Muat Turun
960,085
1,011,575
1,094,292
910,212
987,902
1,056,193

sumber: Perpustakaan Tun Abdul Razak website

Satu majlis penyampaian trofi dan sijil Emerald’s High Usage Award kepada Naib Canselor UiTM telah diadakan pada 8 Mei 2017 (Isnin) jam 2.00 petang di  Pejabat Naib Canselor UiTM Shah Alam rujuk laman berikut: https://perpustakaanuitm.blogspot.my/2017/05/majlis-penyampaian-emeralds-high-usage.html


Post a Comment

Terbaru Lebih lama