Shah Alam, Pada 9 Oktober 2017 (Isnin)  Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR Utama) telah menerima kunjungan rasmi daripada Fakulti Pengurusan Maklumat, yang diketuai oleh Dekan Prof. Dr. Sohaimi Zakaria dan diiringi seramai 5 pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat. Mereka tiba sekitar jam 10 pagi dan telah disambut oleh Puan Roslina , Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR.

Rombongan telah dibawa ke Bilik Mesyuarat Utama PTAR bagi taklimat berkaitan aktiviti perpustakan masa kini , perancangan dan halatuju Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM dimasa akan datang.  Taklimat telah disampaikan oleh Encik Noor Hidayat Bin Adnan, Ketua Pustakawan, Perpustakaan UiTM.

Ini selari dengan objektif utama lawatan ini adalah untuk melihat Perpustakaan Tun Abdul Razak secara dekat di samping ingin mengetahui halatuju Perpustakaan dimasa akan datang. Sesi dialog telah diadakan dan banyak isu yang dibincangkan di dalam sesi dialog yang berlangsung lebih dua jam. 

Kepentingan, peranan dan sumbangan perpustakaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran   sememangnya   tidak   boleh   dipertikaikan. Interaksi  dua hala ini telah banyak membantu Fakulti dan Perpustakaan saling memahami antara satu sama lain.

Setelah taklimat dan sesi soal jawab , para tetamu telah dibawa  melihat sekitar Perpustakaan , serta diperlihatkan kemudahan terkini dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan Perpustakaan.

Lawatan berakhir skitar jam 1.00 tengahhari.  Pihak  Perpustakaan Tun Abdul Razak  merakamkan  setinggi-tinggi  penghargaan dan terima kasih diatas kunjungan daripada Fakulti Pengurusan Maklumat ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada warga PTAR yang telah memberikan kerjasama secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan lawatan tersebut.

Maklumat lawatan:

Tarikh          :  09 Oktober 2017 (Isnin)
Masa           :  10.00 pagi
Tempat        :  Bilik Mesyuarat Utama, PTAR 1
Bil.Pelawat  
1. Prof.Dr.Sohaimi Zakaria - Dekan
2. Dr. Norhayati Hussin - Timbalan Dekan (PJI)
3. Dr. Ahmad Zam Hariro Samsudi - KPP Pasca Siswazah
4. Dr. Safawi Abdul Rahman - KPP Pengurusan Sistem Maklumat
5. En. Ahmad Nadzri Mohamad - KPP Pengurusan Pusat Sumber
6. Pn. Norshila Shaifuddin - Penyelaras Pengurusan Perpustakaan
7. En. Mohd Zaihan Hussin - Penyelaras Korporat


Foto Sekitar Lawatan












Post a Comment

Terbaru Lebih lama