Pada 5 Mac 2018 baru-baru ini Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Utama , UiTM Shah  Alam Selangor telah mernerima lawatan penandaarasan dari delegasi Bahagian Pentadbiran GOAL-ITQAN, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)  


Delegasi ini diketuai oleh YBhg Prof. Madya Dr. Mohd Zalisham Jali, Pengarah, Pusat Pembelajaran Akses Terbuka Global, Teknologi Imersif & Jaminan Kualiti (GOAL ITQAN). 

Antara objektif lawatan ini adalah bagi mendapatkan pengalaman pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM di dalam pelaksanaan aplikasi dompet elektronik, e-Wallet / Cashless Boost kerana Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Utama  Shah Alam  telah dipilih untuk menjadi lokasi pertama dalam projek dompet elektronik, e-Wallet / Cashless UiTM seterusnya menjadi Perpustakaan Pertama menerima  pembayaran tanpa tunai melalui e-wallet  Boost.

Para delegasi telah disambut oleh En Mohd Alfarabie Bin Mohd Nasir, Pustakawan Kanan (Ketua Unit) Bahagian Pengurusan Koleksi merangkap Pegawai Perhubngan Korporat Perpustakaan UiTM. Manakala taklimat mengenenai aplikasi dompet elektronik, e-Wallet / Cashless Boost telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar Pustakawan Kanan (Ketua Unit) Pembangunan Aplikasi Dan Web.

Berikut foto sekitar taklimat dan lawatan  Penandaarasan:
























Like & Follow Us

Post a Comment

Terbaru Lebih lama