Pasukan Kumpulan Inovatif & Kreatif e-Wave dari Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi. UiTM sendiri telah menghantar sebanyak 56 produk penyelidikan dan 3 daripadanya datang dari hasil projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Kesemua 460 produk penyelidikan ini telah diadili oleh 70 pengadil yang diiktiraf.
Berikut adalah keputusan MTE 2009:-

Jumlah keseluruhan Pingat EMAS ialah 65 EMAS daripada 460 penyertaan. UiTM telah memenangi 2 pingat EMAS iaitu

1. LIBRARY AUTOMATED SELF-CHARGING MACHINE - Azizi Jantan, Ahmad Faizar Jaafar, Muhamad Azmir Sulaiman, Rosli Mohamad, Abdul Hamid Mohd Salleh, Ahmad Nazri Jaafar, Mohd YAzid Yahaya, Nurhayati Hassan, Ja'amayah Kosnan dan Rizana Mohd Radwan (Perpustakaan Tun Abdul Razak)

2. MONI-equakeWPS WALL PANEL - Nor Hayati Abdul Hamid, Siti Hawa Hamzah, Nurhaniza Abdul RAhman, Mehroad Seifi dan Mohd Ashaari Masrom (Fakulti Kejuruteraan Awam)

Bersama ini juga disertakan keputusan pingat yang diperolehi oleh Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UiTM:-

1. Kump. e-WAVE (PTAR)
- Tajuk Projek: LIBRARY AUTOMATED SELF-CHARGING MACHINE - EMAS

2. Kump. MySMART (PTAR)
- Tajuk Projek: MySMART PORTABLE LOCKER - PERAK

3. Kump. C7 (Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Terengganu)
- Tajuk Projek: C-SMART BOOK SUPPORT - GANGSA.

Ini jelas membuktikan Inovasi yang dihasilkan dari Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) telah dapat menyumbangkan sesuatu kepada UiTM dan InsyaAllah produk ini akan dikomersialkan dan akan menjana pulangan hasil kepada UiTM dan Perpustakaan khasnya.

TAHNIAH buat semua pemenang.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama