Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak sedang menayangkan filem-filem kemerdekaan dan siri jejak rasul bersempena dengan Pameran Ramadhan dihayati Kemerdekaan dinikmati seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Ogos 2009 - 16 September 2009
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Aras 2, Perpustakaan Tun Abdul Razak




Tayangan Video Jejak Rasul
Siri 3 Hingga 8
Ditayangkan pada pukul 1 tengahari - 4 petang setiap hari kecuali Sabtu & Ahad


Tayangan Video Kemerdekaan
Ditayangkan pada pukul 9 pagi - 1 tengahari setiap hari kecuali Sabtu & Ahad

1.Hati Malaya 1957 - Jumaat
2.Bukit Kepong - Isnin
3.Darah Satria - Isnin
4.Sarjan Hassan - Selasa
5.Embun - Rabu
6.Leftenan Adnan - Khamis


Untuk makluman, Objektif tayangan video kemerdekaan dan jejak rasul ini adalah untuk memberi kesedaran kepada warga UiTM mengenai perjuangan anak bangsa dalam usaha mencapai kemerdekaan sehingga membentuk sebuah negara islam yang berdaulat dan maju pada hari ini .

Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dijemput hadir untuk menonton tayangan video yang ditayangkan setiap hari (kecuali Sabtu & Ahad).
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52 dan menunaikan rukun islam yang ke-3
Ramadahan di Hayati...Kemerdekaan Dinikmati


Sekian, terima kasih.
NOR AZWANI MOHAMAD
b.p. Timbalan Ketua Pustakawan Kanan
Jabatan Pengurusan Maklumat

Post a Comment

Terbaru Lebih lama